Sei Young rangkul Kejuaraan PGA pertama - Utusan Malaysia

Sei Young rangkul Kejuaraan PGA pertama

SEI Young Kim meraikan kejayaan merangkul Kejuaraan PGA Wanita di Kelab Golf Aronimink, Newtown Square, Pennsylvania hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kelly Tan tetap cemerlang di kedudukan ke-13

NEW YORK: Aksi cemerlang tujuh bawah par pada hari terakhir memboleh Kim Sei Young merangkul trofi utama pertamanya dengan menjuarai Kejuaraan PGA Wanita hari ini.

Bintang Korea Selatan berusia 27 tahun itu muncul pemain kesembilan memenangi kejuaraan utama buat kali pertama dalam 10 kejohanan terakhir.

Sei Young bebas dari sebarang bogey untuk menutup kempen dengan tujuh bawah par 63, sekali gus mengumpul 266 pukulan, 14 bawah par di Kelab Golf Aronimink, Pennsylvania.

“Ia sangat bermakna buat saya, impian saya menjadi kenyataan. Saya terpaksa menunggu seketika untuk mencapai matlamat utama.

“Memang saya gembira dengan pencapaian ini, seperti mengatasi diri sendiri. Saya sangat gembira dengan trofi utama pertama,” kata Sei Young.

Sei Young yang menghuni ranking ketujuh dunia mengatasi rakan senegaranya, Park In Bee dengan kelebihan lima pukulan.

Nasa Hataoka dan Carlota Ciganda berkongsi kedudukan ketiga menerusi 273 pukulan manakala Anna Nordqvist di kedudukan kelima dengan 276 pukulan.

AKSI Kelly Tan ketika melakukan tee pada pusingan terakhir Kejuaraan PGA Wanita di Newtown Square, Pennsylvania hari ini. – AFP

 

Sementara itu, pemain sensasi negara, Kelly Tan menamatkan saingan dengan berkongsi kedudukan ke-13 bersama tiga pemain lain menerusi 281 pukulan, satu di atas par.

Dalam aksi terakhir, Kelly mencatatkan 71 pukulan, satu di atas par dan keputusan itu pencapaian terbaik pemain berusia 26 tahun itu sejak bergelar pemain profesional pada 2013. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya