Saya bukan 'anak emas' Kortrijk - Utusan Malaysia

Saya bukan ‘anak emas’ Kortrijk

LUQMAN HAKIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Luqman Hakim Shamsudin menegaskan, dia tidak pernah menerima layanan istimewa dan bukan ‘anak emas’ jurulatih, hanya kerana dibawa masuk ke KV Kortrijk oleh pemilik kelab, Tan Sri Vincent Tan. 

Kata penyerang berusia 18 tahun itu, dia bekerja keras untuk mendapat tempat dalam pasukan sebelum dipilih oleh jurulatih, Yves Vanderhaeghe untuk beraksi dalam Liga Pro Belgium buat kali pertama, menentang RSC Anderlecht, Sabtu lalu. 

Bintang muda sensasi negara itu mengakui perebutan tempat sangat sengit dan paling ketara adalah semangat setiap pemain yang ingin menang dalam setiap perlawanan.

“Saya rasa bertuah di kelilingi pemain-pemain berpengalaman dan soal usia tolak tepi. Anda umur 18 tahun atau 36 tahun jika melakukan kesalahan akan kena marah, saya pun kena marah dalam latihan.

“Sudah masuk minggu kelima saya bersama skuad utama dan banyak pengalaman baharu saya dapat di sini. Pemain-pemain senior juga tidak kedekut berkongsi ilmu.

“Paling buat saya terkejut semangat untuk menang yang dimiliki setiap pemain di sini. Bukan sahaja dalam aksi sebenar tetapi juga dibawa dalam latihan. Mereka bermain seolah-olah esok tiada lagi perlawanan lain,” kata Luqman. 

Luqman muncul pemain pertama Malaysia bermain dalam liga utama Eropah sekali gus memahat nama dalam sejarah bola sepak negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya