Sanusi letak jawatan Presiden KFA - Utusan Malaysia

Sanusi letak jawatan Presiden KFA

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan itu pada 25 September lalu.

Menurutnya, peletakan jawatan tersebut akan berkuat kuasa pada 15 Oktober depan.

“Tindakan ini tiada kena mengena dengan isu logo mahu pun nama pasukan Darul Aman FC (DFC) kerana surat peletakan jawatan itu telah saya serahkan lebih awal sebelum perkara berkenaan ditimbulkan pada 30 September lalu.

“Peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 15 Oktober depan dengan saya menyasarkan untuk menyelesaikan semua hutang-piutang KFA serta urusan pendaftaran penswastaan pada tarikh tersebut,” katanya di sini hari ini.  

Semalam Muhammad Sanusi menerusi satu hantaran di laman Facebook peribadinya memberi bayangan untuk berundur dari jawatan tersebut yang baru disandangnya pada 12 Julai lalu.

Hantaran tersebut dimuat naik sehari selepas KFA berdepan kecaman penyokong setia ekoran pemilihan nama DFC dan logo untuk penswastaan pasukan musim depan, yang disifatkan sebagai tidak menepati kehendak serta selera masa kini.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya