Sanusi batal hasrat berundur - Utusan Malaysia

Sanusi batal hasrat berundur

MUHAMAMD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor akan terus mengemudi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) selepas menarik balik surat peletakan jawatan presiden yang sepatutnya berkuat kuasa 15 Oktober lalu. 

Menurut Muhammad Sanusi, keputusan itu dibuat kerana banyak perkara perlu diberi perhatian dalam urusan bola sepak di negeri ini.

“Lagi pun kita baru saja melengkapkan penswastaan kelab bola sepak (FC) dan perkara itu menuntut perhatian yang serius,” katanya selepas  Mesyuarat Exco semalam.

Muhammad Sanusi menghantar surat peletakan jawatan pada 25 September lalu.

Selain itu kata Muhammad Sanusi, KFA telah menetapkan 80 peratus saham Darul Aman FC Sdn. Bhd. yang memiliki pasukan akan dipegang Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah manakala 20 peratus lagi dipegang KFA,” katanya.

Pasukan Kedah musim depan pula akan dikenali sebagai Kedah Darul Aman FC.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat KFA, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, setakat ini, MBI Kedah sedang mengadakan perbincangan bersama sekurang-kurangnya empat syarikat bagi membeli pegangan saham dimilikinya.

“Sama ada MBI Kedah mahu menjual keseluruhan saham kepada satu syarikat saja atau berkongsi sama rata, semuanya terpulang kepada mereka.

“Koperasi Anak Kedah Berhad (KAKB) antara syarikat yang dimaksudkan. Perkara ini seboleh-bolehnya mahu diselesaikan secepat yang boleh agar kita dapat membuat persiapan musim depan lebih awal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya