Safawi ke Portugal malam ini - Utusan Malaysia

Safawi ke Portugal malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid akan berlepas ke Portugal malam ini bagi menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.

Bermakna, aksi ketika JDT menewaskan Sabah 4-1 dan muncul juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut menjadi perlawanan terakhir buat Safawi bersama skuad Harimau Selatan.

Pemain berusia 23 tahun itu akan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Safawi muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium Ogos lalu.

Saingan Premier yang sudah bermula pada 19 September lalu menyaksikan Portimonense SC kini menghuni tangga ke-15 daripada 18 pasukan dengan hanya mengutip satu mata daripada dua aksi setakat ini.

Musim lalu Portimonense SC mengakhiri saingan musim lalu dengan berada di kedudukan ke-17 liga menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan dibawah kendalian Antonio Folha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya