ABU DHABI: Selepas mengejutkan dunia dengan mengumumkan persaraan daripada pertarungan UFC, bintang-bintang sukan memberi penghormatan kepada juara lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov.
Jaguh sukan seni bela diri campuran (MMA) dari Rusia itu menundukkan pencabar dari Amerika Syarikat (AS), Justin Gaethje pada pusingan kedua pertarungan UFC 254 pagi tadi.
Dengan kejuaraan dan pengumuman tersebut, Khabib, 32, akan berundur ketika berada di puncak dengan memegang rekod 29 kemenangan tanpa kalah.
Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo antara bintang sukan terawal merakamkan penghormatan kepada Khabib.
“Tahniah kawan, ayah anda pasti bangga!,” tulisnya dalam media sosial.
“Selamat bersara Khabib, selamat maju jaya. #Legend,” tulis bekas penyerang Liverpool Daniel Sturridge dalam Twitter.
Musuh lama Khabib, Conor McGregor turut memberi penghormatan kepada lawan yang pernah menumpaskannya dalam pertarungan kontroversi UFC 229 pada 2018.
“Saya akan meneruskannya. Hormat dan takziah sekali lagi di atas pemergian bapa anda, kepada anda dan keluarga. Yang benar, keluarga McGregor,” kata McGregor dalam media sosial. – AGENSI
"I promised my mother this is going to be my last fight."
"I only want one thing from the UFC, I want to be number one pound-for-pound fighter in the world."@TeamKhabib announces his retirement from MMA. Wow ? #UFC254 pic.twitter.com/RFnCyu2X0W
— UFC on BT Sport (@btsportufc) October 24, 2020