Real Madrid tersungkur lagi - Utusan Malaysia

Real Madrid tersungkur lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Hanya empat hari selepas dimalukan kelab kerdil, Cadiz 0-1 dalam liga domestik, Real Madrid tumbang lagi, juga di laman sendiri, kali ini kepada Shakhtar Donetsk dalam saingan Liga Juara-Juara.

Skuad bimbingan Zinedine Zidane yang turun dengan reputasi juara 13 kali tewas 2-3, malah ketinggalan 0-3 di Stadium Alfredo di Stefano pagi tadi.

Zidane menyifatkan kekalahan itu sebagai ‘perlawanan yang teruk, malam yang buruk’ dan dia kini berdepan tugas getir menaikkan kembali semangat pemain untuk menghadapi aksi El Clasico, Sabtu ini.

“Saya rasa teruk ketika ini, semua perasaan ada.

“Kami melakukan kesilapan ketika membenarkan gol pertama dan pemain kurang keyakinan.

“Pemain menunjukkan reaksi baik di babak kedua tetapi ia tidak dapat menghalang perlawanan yang teruk, malam yang buruk.

“Saya jurulatih, saya gagal mencari penyelesaian malam ini,” kata Zidane sejurus tamat perlawanan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya