Pulau Pinang juara Liga Perdana - Utusan Malaysia

Pulau Pinang juara Liga Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Gelaran Liga Perdana sah milik Pulau Pinang selepas melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Kelantan United di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Walaupun aksi liga masih berbaki satu perlawanan,  skuad Harimau Kumbang  mengesahkan kejuaraan awal selepas pencabar terdekatnya Kuala Lumpur sekadar seri tanpa jaringan dengan Perak II di Manjung.

Lebih manis, pasukan kendalian Manzoor Azwira Abdul Wahid berpeluang menamatkan liga musim ini dengan rekod tanpa kalah jika seri atau menang ke atas Terengganu FC II dalam aksi terakhir di tempat lawan minggu depan.

Dalam perlawanan di laman sendiri, empat gol Pulau Pinang dijaringkan menerusi Lee Changhoon, Al Hafiz Harun pada babak pertama dan dua lagi menyusul pada babak kedua hasil ledakan Bobby Gonzales dan Casagrande.

Kemenangan itu menyaksikan Pulau Pinang mengutip 26 mata hasil lapan menang dan dua seri dengan berbaki satu lagi perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya