Protes pelumba bayangi kemenangan Cerny - Utusan Malaysia

Protes pelumba bayangi kemenangan Cerny

PELUMBA beraksi dalam hujan pada peringkat ke-19 Giro d’Italia sejauh 258 kilometer dari Morbegno ke Asti, Itali pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASTI, Itali: Pelumba Belanda, Wilco Kelderman kekal sebagai pendahulu Giro d’Italia ketika berbaki dua saingan, manakala kemenangan peringkat-19, Josef Cerny dibayangi protes pelumba-pelumba yang kurang bersetuju dengan perubahan akhir oleh pengarah perlumbaan, Mauro Vegni.

Peringkat ke-19 yang terpanjang dalam Giro d’Italia musim ini sejauh 258 kilometer bagaimanapun terpaksa dipendekkan secara mengejut sebelum saingan bermula di Morbegno, sekali gus mencetuskan ketidakpuasan hati pelumba.

Ia susulan cadangan daripada Persatuan Pelumba Basikal Profesional (CPA) agar ia dipendekkan setelah hujan lebat di lokasi permulaan di Morbegno dan boleh mengundang bahaya kepada peserta.

Penganjur bagaimanapun bersetuju dengan CPA untuk memulakan perlumbaan sejauh 124km dari penamat di Asti.

JOSEF Cerny meraikan kemenangan pada peringkat ke-19. – AFP

“Satu keputusan berat untuk dibuat tetapi kami perlu melakukannya. Kami perlu menganjurkan perlumbaan ini dalam keadaan selamat.

“Hari ini, dalam semangat bersukan, ia sangat mencabar. Kini tinggal dua lagi peringkat dan saya fikir penganjuuran Giro d’Italia 2020 paling sukar setakat ini,” kata Vegni.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya