Piala Malaysia bermula bulan depan - Utusan Malaysia

Piala Malaysia bermula bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Piala Malaysia 2020 selamat untuk diteruskan tetapi terpaksa ditunda dari 25 Oktober kepada 6 November, umum Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini. 

Keputusan tersebut dibuat susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 14 hingga 27 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ghani Ab Hassan berkata, pasukan yang layak beraksi di Piala Malaysia iaitu Selangor, Petaling Jaya City FC, UiTM FC dan Kuala Lumpur berada dalam kawasan zon merah.

Katanya,  antara pasukan lain yang terlibat dengan PKPB serta menjalani prosedur operasi standard (SOP) di negeri masing-masing adalah Sabah dan Kuching FA.

Keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk tarikh Liga Juara-Juara Asia (ACL), yang melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 19 November hingga 4 Disember depan.

“Pindaan tarikh ini selari dengan saranan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan yang telah menetapkan tiada sebarang aktiviti sukan berlangsung dalam situasi Covid-19 khususnya di kawasan atau negeri menjalani PKPB.

“Bagaimanapun, kita masih mempunyai masa yang cukup untuk meneruskan Piala Malaysia 2020 memandangkan format baharu tiada saingan peringkat kumpulan.

“Apa yang pasti, MFL akan sentiasa memantau perkembangan terkini mengenai situasi COVID-19 dengan berhubung dengan KBS dan KKM dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bermakna, tarikh baharu Piala Malaysia yang bakal berlangsung pada 6 hingga 8 November akan melibatkan 16 pasukan di pusingan pertama, diikuti 12 serta 13 November (suku akhir), 17 November (separuh akhir) dan 22 November (final).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya