Pertembungan dua legenda - Utusan Malaysia

Pertembungan dua legenda

NOVAK Djokovic (kiri) dan Rafael Nadal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Dua legenda tenis, Novak Djokovic dan Rafael Nadal akan membuat perhitungan untuk merebut kejuaraan Terbuka Perancis esok.

Jika Djokovic yang turun dengan status pemain No. 1 dunia, Nadal pula membawa reputasi ‘Raja Gelanggang Tanah Liat’ selepas merangkul 12 kejuaraan Terbuka Perancis.

Bintang Serbia, Djokovic yang juga juara 2016 mara ke final selepas menyingkirkan Stefano Tsitsipas dari Greece 6-3, 6-2, 5-7, 4-6, 6-1 dalam separuh akhir awal pagi tadi.

Pemain No. 2 dunia, Nadal pula mengatasi Diego Schwartzman 6-3, 6-3, 7-6 sekali gus melangkah buat kali ke-13 ke final kejohanan berprestij itu.

Esok, Djokovic berpeluang untuk merekodkan gelaran Grand Slam ke-18 dan menjadi pemain lelaki pertama dalam tempoh setengah abad yang memenangi semua empat kejuaraan Grand Slam.

Nadal pula turun dengan misi untuk menyamai rekod sepanjang zaman Roger Federer yang memenangi 20 kejuaraan Grand Slam.

Djokovic antara dua pemain yang berjaya menewaskan Nadal di Roland Garros dalam tempoh 15 tahun.

Ia akan menjadi pertembungan kali ke-56 buat kedua-dua pemain berkenaan.

“Ini adalah rumah Rafa. Saya mempunyai motivasi yang tinggi untuk menang,” kata Djokovic. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya