KUALA LUMPUR: Perjalanan karier Safawi Rasid di Portimonense SC bermula apabila kelab Portugal itu memperkenalkannya secara rasmi hari ini.
Menerusi video berdurasi 1 minit 20 saat, bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut dilihat berada dalam bilik persalinan kelab.
Safawi kemudian menyarung jersi utama Portimonense SC berwarna hitam putih dengan No. 29.
Safawi, 23, Pemain Paling Bernilai dalam anugerah bola sepak kebangsaan terdahulu berpakaian lengkap berjalan di terowong menuju ke padang sebelum memperagakan kemahiran mengawal bola.
Biarpun hanya dipinjamkan semusim, bintang sayap Harimau Malaya itu tekad mahu menggunakan tempoh terdebut sebaik mungkin bagi membuktikan dirinya layak untuk beraksi di Eropah.