Pasukan hoki, kriket Perak terima habuan - Utusan Malaysia

Pasukan hoki, kriket Perak terima habuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kejayaan pasukan hoki Perak muncul juara lelaki dalam Piala Tun Abdul Razak bulan lalu diraikan apabila menerima insentif  RM35,000 daripada kerajaan negeri Perak pada satu majlis di sini hari ini.

Perak yang dibimbing jurulatih Roslan Jamaluddin meraih kejuaraan buat kali ke-10 selepas menewaskan Terengganu 4-2 pada aksi final.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, insentif tersebut adalah penghargaan kerajaan negeri buat skuad berkenaan.

“Alhamdulillah, kita juga berbangga dua pemain Sukma dalam pasukam ini turut terpilih menyertai skuad Projek Khas manakala enam pemain lagi dipanggil oleh pasukan senior kebangsaan.

“Pasukan kita bukan sahaja berjaya membawa pulang trofi tapi lebih manis lagi, Muhamad Haziq Samsul dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir selepas mencatat hatrik. Ini pencapaian yang hebat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan Hoki dan Kriket Perak di sini hari ini.

 

AHMAD Faizal (kiri) menyampaikan insentif kepada skuad hoki Perak yang memenangi Piala Razak dalam majlis di Ipoh hari ini.

Pada majlis tersebut, pasukan kriket Perak turut menerima insentif RM31,000 atas kejayaan menjuarai Kejohanan Kriket MCA T20 dan T50 Over Liga Antara Negeri 2020.

Kali terakhir Perak menjuarai liga tersebut adalah pada 2010, malah lebih membanggakan apabila 13 pemain  akan mewakili negara pada pertandingan peringkat senior dan remaja.

Dalam ucapannya, Ahmad Faizal turut melahirkan rasa kagum dengan pasukan hoki dan kriket kerana mampu membentuk tahap persefahaman berpasukan dalam tempoh singkat setelah berehat lama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sukan berpasukan lebih mencabar berbanding dengan individu, sebab kita sangat bergantung kepada rakan-rakan dalam pasukan untuk menang.

“Ditambah pula, mereka beraksi tanpa sorakan penyokong di stadium kerana kita masih dalam tempoh berperang melawan penularan Covid-19. Jadi ini  membuktikan kekuatan mental  atlet kita berada pada tahap yang terbaik,” katanya.

Kata Ahmad Faizal, kejayaan pasukan hoki dan kriket juga memberi suntikan awal kepada semua persatuan sukan di negeri ini sebagai persediaan menempah cabaran pada Sukan Malaysia di Johor awal tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya