PARIS: Rafael Nadal menghampiri kejuaraan tenis Terbuka Perancis buat kali-13 selepas mara ke separuh akhir hari ini.
Jaguh Sepanyol itu menyingkirkan pemain remaja Itali, Jannik Sinner 7-6 (7/4), 6-4, 6-1 dalam aksi berkualiti tinggi yang berakhir pukul 1.30 pagi waktu tempatan.
Ini adalah separuh akhir ke-14 buat Nadal di Roland Garros, malah dia mencatat kenenangan ke-98 dalam perlawanan ke-100 Terbuka Perancis.
Pemain berusia 34 tahun itu akan bertemu wakil Argentina, Diego Schwartzman yang menyingkirkan pilihan ketiga dan juara Terbuka Amerika Syarikat, Dominic Thiem untuk merebut tempat ke final pada Ahad ini. – AFP