PARIS: Rafael Nadal merangkul kejuaraan tenis Terbuka Perancis buat kali ke-13 selepas memusnahkan pemain No.1 dunia, Novak Djokovic sebentar tadi.
Pemain No. 2 dunia dari Sepanyol itu terlalu unggul di set pertama apabila menang 6-0.
Djokovic cuba memberi tentangan pada dua set berikutnya, namun Nadal sukar digugat apabila menang 6-2, 7-5.
Kemenangan membolehkan Nadal, 34, menyamai rekod Roger Federer iaitu memenangi 20 gelaran Grand Slam.
“Memang jelas hari ini adalah hari saya,” kata Nadal sejurus tamat perlawanan.