LIVERPOOL: Liverpool menerima khabar buruk apabila bintang penyerangnya, Sadio Mane disahkan positif Covid-19.
“Sadio Mane disahkan positif Covid-19 dan ketika ini menjalani kuarantin kendiri mengikut garis panduan ditetapkan.
“Penyerang itu diturunkan dalam kesebelasan utama dan menjaringkan gol ketika menewaskan Arsenal 3-1 menunjukkan simptom kecil virus berkenaan tetapi kesihatannya baik.
“Bagaimanapun seperti Thiago Alcantara, Liverpool sedang dan akan terus mengikuti semua protokol Covid-19.
“Mane akan menjalani kuarantin kendiri untuk tempoh ditetapkan,” umum Liverpool dalam satu kenyataan hari ini.
Thiago sebelum ini terlepas aksi menentang Arsenal selepas keputusan ujiannya positif.
Dia dan Mane tidak akan mengikut pasukan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris di Aston Villa esok.
Pengendali Liverpool Jurgen Klopp berharap kedua-dua pemainnya itu akan dapat kembali beraksi selepas rehat perlawanan antarabangsa untuk pertemuan tetangga Merseyside di Everton pada 17 Oktober.
Ketiadaan Mane, 28, turut menjejaskan skuad Senegal yang menyenaraikan namanya untuk aksi persahabatan menentang Maghribi dan Mauritania. – AFP