Mana ada merajuk - Sanusi - Utusan Malaysia

Mana ada merajuk – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor menolak dakwaan keputusannya meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) disebabkan merajuk setelah dikecam berhubung isu logo dan nama pasukan yang akan digunakan Kedah pada musim depan.

Menurutnya, faktor utama beliau meletak jawatan itu kerana mahu memberi tumpuan 100 peratus kepada isu-isu lain di Kedah antaranya Covid-19 dan pembangunan negeri.

“Saya ‘okay’ tetapi bab bola ini kalau kita cari duit untuk bayar hutang, siapa pun tak kata apa-apa, tetapi hanya sebab logo, orang jerit lebih daripada hari nak kiamat esok.

“Semua pihak patut lebih adil dalam hal ini dan atas penilaian tersebut, saya sendiri rasa tak layak berada menjadi presiden. 

“Berilah pada sesiapa malah kalau ada peminat layak jadi (presiden), sila tampil di mana mereka boleh membeli kelab bola sepak (FC) tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Muhammad Sanusi sebelum ini menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden KFA pada 25 September lalu dan peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada 15 Oktober depan.

Beliau turut meletakkan sasaran untuk menyelesaikan kesemua hutang KFA berjumlah RM14 juta sebelum tarikh tersebut.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, keputusan sama ada peletakan jawatannya diterima atau tidak akan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif KFA dalam tempoh terdekat.

“Mereka boleh terima atau tolak peletakan jawatan itu, tetapi saya harap mereka terima kerana kalau KFA tolak pun, saya hantar surat baharu,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya