KUALA LUMPUR: Bukan kereta atau motosikal kuasa tinggi menjadi pilihan Luqman Hakim Shamsudin, sebaliknya pemain remaja sensasi negara itu memilih untuk berbasikal ke sesi latihan KV Kortrijk di Belgium.
Kata Luqman dengan berbasikal untuk bersiar-siar atau berulang-alik dari rumah ke padang latihan, ia secara tidak langsung turut membantu mengekalkan stamina.
“Ia memudahkan saya mengayuh basikal ke tempat latihan pada waktu pagi dan juga ke bandar.
“Ia (basikal baharu) lebih laju daripada basikal lama. Saya gembira dan ia mudah,” katanya dalam video yang dimuat naik dalam Facebook rasmi KV Kortrijk hari ini.
Sikap bersederhana pemain berusia 19 tahun itu menarik perhatian peminat yang tidak henti-henti menghambur pujian.
Pada Ogos lalu, Luqman menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab divisyen satu Belgium itu dan dikatakan menerima gaji RM15,000 sebulan.
Luqman Hakim ging onlangs zijn nieuwe elektrische fiets ophalen bij Fietsen Stijn. En of onze Maleisiër gelukkig is! ??
? “Deze fiets gaat veel sneller dan mijn vorige. Dat is veel makkelijker voor mij!”
?⚪️ #WeDoenVoort pic.twitter.com/1C850YMYyc
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) October 12, 2020