Leno wira Arsenal singkirkan Liverpool - Utusan Malaysia

Leno wira Arsenal singkirkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mikel Arteta memuji penjaga gol, Bernd Leno yang menyelamatkan dua sepakan penalti untuk membantu Arsenal menyingkirkan Liverpool dalam saingan Piala Liga, sekali gus mara ke suku akhir awal pagi tadi.

Gunners menang menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas permainan sebenar terikat 0-0.

Arsenal sebelum ini turut menumpaskan Reds menerusi penentuan penalti dalam perlawanan Perisai Komuniti.

Joe Willock menyempurnakan tendangan penalti kemenangan selepas Leno menyelamatkan sepakan Divock Origi dan Harry Wilson.

Penjaga gol Liverpool, Adrian menyelamatkan sepakan Mohamed Elneny tetapi Alexandre Lacazette, Cedric Soares, Ainsley Maitland-Niles dan Nicolas Pepe menemui sasaran untuk Arsenal menempah pertemuan dengan juara bertahan, Manchester City.

BERND Leno (kiri) meraikan kemenangan Arsenal bersama rakan sepasukan.

 

“Bernd sangat bagus. Dia ada di saat kami amat memerlukannya. Satu persembahan individu yang hebat untuk menang di Anfield.

“Saya menaruh keyakinan ke atas Bernd. Saya cukup mengenalinya. Kami tidak mahu Emiliano Martinez pergi tetapi ia mungkin pilihan yang tepat,” kata Arteta. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya