Kesilapan 'budak sekolah' hukum Liverpool - Utusan Malaysia

Kesilapan ‘budak sekolah’ hukum Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Pertahanan ‘budak sekolah’ menyebabkan juara bertahan, Liverpool dibelasah 7-2 oleh Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.

Beraksi tanpa penjaga gol utama, Alisson, pertahanan Reds bolos empat kali pada separuh masa pertama.

Gol pembukaan Aston Villa yang disempurnakan Ollie Wakins juga ‘dihadiahkan’ oleh Liverpool hasil kesilapan penjaga gol, Adrian.

Malah, Wakins melengkapkan hatriknya hanya dalam masa tempoh 39 minit.

Tiga lagi jaringan tuan rumah disempurnakan John McGinn, Ross Barkley dan Jack Grealish (dua gol).

Mohamed Salah pula menjaringkan dua gol saguhati Reds.

“Hampir semua orang melakukan kesilapan yang membenarkan lawan membolosi gawang.

“Gol pertama, silap Adrian tetapi reaksi yang ditunjukkan oleh pemain lain selepas itu adalah kesilapan terbesar kami.

“Kami mengambil risiko dan itu perkara biasa, masalahnya hari ini kami tidak melindungi pasukan daripada risiko,” kata jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya