Kelly kongsi pendahulu Kejohanan PGA - Utusan Malaysia

Kelly kongsi pendahulu Kejohanan PGA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pemain golf sensasi  Malaysia, Kelly Tan mencatat tiga bawah par 67 sekali gus berkongsi kedudukan pendahulu bersama pemain Amerika Syarikat (AS), Brittany Lincicome pada pusingan pertama Kejohanan PGA  Wanita hari ini.

Lima birdie di lubang pertama menyelamatkan pemain ranking ke-189 dunia itu yang mencatat dua bogey pada di Aronimink di Newtown Square, Pennsylvania.

“Saya rasa melakukan pukulan di kedudukan yang tepat dan menyempurnakannya dengan baik,” kata Kelly.

Pencapaian terbaik Kelly pada LPGA adalah berkongsi tempat keempat pada Marathon Classic 2014 dan selepas itu gagal meraih kedudukan 10 terbaik sehinggalah Ogos lalu apabila dia berkongsi penamat kesembilan di Marathon.

“Saya sentiasa memberitahu diri sendiri bahawa setiap hari saya mempunyai sasaran dan cuba untuk memenuhinya selain membina keyakinan.

“Aksi cemerlang hari ini memberikan saya lebih keyakinan untuk mengharungi pusingan seterusnya,” katanya.

Lincicome pula melakukan empat birdie dan satu bogey dalam usahanya untuk melakar kemenangan ketiga selepas merangkul kejuaraan di ANA Inspiration pada 2009 dan 2015.

“Sangat gembira. Hari ini saya seperti meletakkan kepercayaan kepada diri sendiri. Lapangan ini agak sukar.

“Keadaan cuaca juga berangin dan sentiasa berasa sejuk sepanjang masa,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya