Kecewa kena pulang awal - Utusan Malaysia

Kecewa kena pulang awal

KHAIRULAMIRIN YAHAYA (depan) mewakili pasukan Supermotoland Husqvarna ketika bersaing dalam Kejuaraan Supermoto Sepanyol bagi musim 2020, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelumba Supermoto negara, Khairulamirin Yahaya pulang dengan linangan air mata selepas Kejuaraan Supermoto Sepanyol terpaksa dibatalkan akibat peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara tersebut.

Kerajaan Sepanyol mengambil keputusan mengumumkan perintah darurat selama enam bulan sekali gus menyebabkan kejohanan itu tidak dapat diteruskan.

Lebih mengecewakan, pelumba berusia 18 tahun itu terpaksa pulang ke tanah air ketika berada dalam kelompok 10 terbaik pada siri perlumbaan tersebut.

“Saya berasa amat kecewa kerana tidak bersaing untuk perlumbaan kali ini iaitu pusingan yang terakhir akibat pandemik. Saya agak yakin dapat meraih sesuatu kerana berada dalam kelompok 10 terbaik.

“Kami sepatutnya dijangka balik ke Malaysia pada 16 November ini tetapi susulan keadaan yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa pulang lebih awal bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kerana keadaan di Sepanyol semakin serius.

“Sudah tentu saya rasa amat kecewa kerana saya yakin dapat menyaingi pelumba dalam kelompok hadapan atau  kelompok besar.

“Bagaimanapun, saya perlu menerima hakikat bahawa perlumbaan ini perlu dibatalkan. Ia untuk keselamatan kami di sini,” kata Khairulamirin.

 

KHAIRULAMIRIN YAHAYA

Pelumba pasukan Supermotoland Husqvarna itu berkata, fokusnya selepas ini mahu memperbaiki prestasi bagi menghadapi saingan pada musim hadapan.

“Dengan perlumbaan yang dibatalkan ini, saya akan memperbaiki diri dengan membuat latihan lebih kerap dan mempersiapkan diri untuk siri perlumbaan bagi kategori SM-Road bagi tahun 2021,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya