Juara 100m dunia digantung 2 tahun - Utusan Malaysia

Juara 100m dunia digantung 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Juara dunia, Christian Coleman bakal terlepas Sukan Olimpik Tokyo tahun depan selepas digantung dua tahun akibat kesalahan doping.

Bintang pecut Amerika Syarikat (AS) itu yang memenangi perlumbaan 100 meter dalam Kejohanan Dunia di Doha tahun lalu, terdahulu digantung tiga tahun pada Jun.

Tribunal Disiplin Olahraga Dunia yang bersidang mengekalkan pertuduhan ke atas Coleman namun mengurangkan hukuman kepada dua tahun berkuatkuasa 14 Mei lalu.

Pelari pecut berusia 24 tahun itu mempunyai tempoh 30 hari untuk membuat rayuan ke atas keputusan berkenaan di Mahkamah Timbang Tara Sukan, umum Unit Integriti Olahraga (AIU).

Coleman yang menjadi pilihan untuk memenangi pingat emas dalam Olimpik Tokyo bagaimanapun sudah boleh melupakan temasya berkenaan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya