Jerman tawar diri Piala Dunia 2027 - Utusan Malaysia

Jerman tawar diri Piala Dunia 2027

JERMAN menyertai Belanda dan Belgium menawar diri sebagai tuan rumah Piala Dunia 2027.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) hari ini mengumumkan akan menyertai Belgium dan Belanda untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2027.

“Kami dengan gembiranya menyertai Belanda dan Belgium untuk sedaya upaya menjayakan projek ini,” kata Presiden DFB, Fritz Keller dalam satu kenyataan.

Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) sudahpun menyatakan hasrat untuk menjadi tuan rumah sejak pusingan akhir Piala Dunia 2018, malah mereka berjaya mendapat sokongan parlimen.

Tiga bekas pemain, Silvia Neid (Jerman), Femke Maes (Belgium) dan Sarina Wiegman (Belanda) akan mengetuai kempen melobi.

Jerman menjadi tuan rumah Piala Dunia Lelaki pada 2016, diikuti Piala Dunia Wanita 2011. Mereka juga akan menganjurkan Kejohanan Eropah (lelaki) 2024. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya