JDT sasar RM1 bilion menjelang pertengahan 2021 - Utusan Malaysia

JDT sasar RM1 bilion menjelang pertengahan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin kerugian RM35 juta tahun ini akibat pandemik Covid-19, namun Harimau Selatan tetap yakin untuk menjadi kelab Malaysia pertama mencapai nilai RM1 bilion. 

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, selain berharap keadaan ekonomi dapat pulih segera, juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu juga perlu berjimat cermat dan mencapai matlamat RM1 bilion menjelang pertengahan tahun depan.

“Sasaran (RM1 bilion) telah mencapai antara 75 hingga 80 peratus.

“Buat masa kini ada empat syarikat antarabangsa berminat (menjadi penaja), saya tidak boleh dedahkan nama, dan mereka bukan sahaja berniaga dalam stadium tetapi menguruskan stadium serta menaja pasukan.

“Benda ini amat positif apabila kelab kami bina JDT mendapat sambutan hebat daripada syarikat luar negara,” kata Tunku Ismail dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Tunku Mahkota Johor itu lagi, JDT juga akan melancarkan hab perubatan pada awal 2021 selain membuka sebuah gimnasium awam pertengahan atau hujung tahun depan.

Dalam sidang akhbar tersebut, Tunku Ismail turut mengumumkan Benjamin Mora kekal sebagai jurulatih dan menggalas jawatan pengurus, manakala Hariss Harun menjadi kapten biarpun akan menyambung pelajaran.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya