JDT lanjut kontrak beberapa pemain - Utusan Malaysia

JDT lanjut kontrak beberapa pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) bersedia untuk meneruskan penguasaan mereka dalam kancah bola sepak tempatan apabila mengumumkan pelanjutan kontrak beberapa pemain utama mereka hari ini.

Pengumuman pelanjutan kontrak itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi kelab berkenaan, Johor Southern Tigers.

Turut dimuatnaik bersama kenyataan itu beberapa keping gambar pemain yang menandatangani kontrak sambil disaksikan pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pelanjutan kontrak berkenaan bukan sahaja melibatkan pemain yang menyarung jersi utama skuad Harimau Selatan, tetapi juga kelab ‘feeder’ mereka, iaitu JDT II.

Antara pemain terbabit termasuklah Mohd. Farizal Marlias, Gary Steven Robbart, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Ahmad Hazwan Bakri, Muhammad Nazmi Faiz Mansor serta Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Turut disambung kontrak ialah Muhammad Ramadhan Saifullah, Muhammad Aiman Danish Azli Abdul Azim dan Muhamad Feroz Baharudin.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN