KUALA LUMPUR: Anda rasa barisan hadapan tiada masa untuk beriadah?
Gelagat sekumpulan anggota bomba bijak melepaskan tekanan dan bergurau senda bersama rakan seperjuangan ketika mengharungi jadual padat sebagai barisan hadapan menjadi tumpuan di media sosial.
Dengan mengenakan pakaian ‘hazmat level A’ untuk kalis bahan kimia, kesemua mereka melakukan cabaran dengan bermain sepaktakraw.
Gelagat mereka dirakam menerusi video berdurasi 13 saat dan dikongsikan di halaman Facebook WarisanTakraw.my hari ini.
“Tag rakan anda sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Sila dapatkan pakaian ini terlebih dahulu sebelum bermain,” demikian kapsyen video terbabit sebagai usikan.