Heung-min, Kane selamatkan Tottenham - Utusan Malaysia

Heung-min, Kane selamatkan Tottenham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURNLEY, England: Kombinasi Harry Kane dan Son Heung-min sekali lagi menjadi penyelamat Tottenham apabila membantu pasukan itu menundukkan  Burnley 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Turf Moor pagi tadi.

Kemenangan itu melonjak skuad bimbingan Jose Mourinho ke tangga kelima liga ketika kelab-kelab besar lain tercicir mata.

Spurs pada awalnya kelihatan hampir meninggalkan Turf Moor dengan satu mata tetapi gerakan Kane dan Heung-min pada minit ke-76 membolehkan mereka mengumpul 11 mata selepas enam perlawanan, dua di belakang pendahulu Everton.

Mourinho memuji dua penyerangnya itu yang kini bergabung meledak 29 gol Liga Perdana, di belakang Didier Drogba dan Frank Lampard yang mengumpul 36 gol.

“Ia persefahaman yang bermula sejak era Mauricio (Pochettino). Saya tidak mahu menerima pujian itu bersendirian, ia perlu dikongsi bersama Mauricio.

“Mereka bermain bersama untuk tempoh yang lama, mungkin dengan cara berbeza kerana Harry bukan sentiasa pemain No. 9 sekarang (penyerang solo).

“Apa yang menggembirakan saya tentang mereka ialah mereka bukan saja pemain hebat tetapi juga kawan baik, tiada rasa iri hati dan kedua-duanya bermain untuk pasukan,” kata Mourinho. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya