Hart takluk Giro d'Italia - Utusan Malaysia

Hart takluk Giro d’Italia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Selepas mengharungi perlumbaan sejauh 3,497.9 kilometer, 2 peringkat dan 23 hari, pelumba Britain, Tao Geoghegan Hart akhirnya menakluk Giro d’Itali 2020 yang tiba di penghujung hari ini.

Pelumba pasukan Ineos itu mengenepikan cabaran sengit, Jai Hindley dari Australia dengan kelebihan 39 saat selepas menamatkan perlumbaan ujian masa sejauh 15.7km.

“Ia mengambil masa lama untuk saya mengenepikannya. Dia sentiasa mendekatkan jarak hanya beberapa saat dan saya tidak boleh mengambil sebarang risiko.

“Ia sangat luar biasa untuk tiba di sini sebagai pemenang,” kata Geoghegan Hart.

Geoghegan Hart yang turut memenangi peringkat ke-20 kelmarin mengalahkan Hindley pada perlumbaan Grand Tour buat kali pertama.

Kemenangan membolehkan pelumba berusia 25 tahun itu membawa pulang hadiah 265,668 euro (RM1.3 juta).

Sementara itu, rakan sepasukan Geoghegan Hart, Filippo Ganna menjuarai peringkat terakhir dengan masa 17 minit 16.55 saat, 32 saat mengatasi  pelumba tangga kedua, Victor Campernaerts. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya