SHEFFIELD, England: Rembatan jarak jauh Kyle Walker memastikan Manchester City menang tipis 1-0 ke atas Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Bramall Lane, sebentar tadi.
City yang hanya menang tiga daripada enam perlawanan pertama musim ini belum mempamerkan prestasi terbaik menjelang kunjungan Liverpool ke Etihad minggu depan.
Ferran Torres beraksi sebagai penyerang utama ekoran ketiadaan Sergio Aguero dan Gabriel Jesus akibat kecederaan.
Pemain sayap Sepanyol itu gagal menyempurnakan deretan peluang mencetak gol pertamanya dalam Liga Perdana.
Walker akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke 28 selepas melakukan rembatan rendah melepasi jangkaan penjaga gol lawan. – AFP