Goetze lengkapkan perpindahan mengejut ke PSV - Utusan Malaysia

Goetze lengkapkan perpindahan mengejut ke PSV

MARIO GOETZE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EINDHOVEN : Mario Goetze sah menyertai gergasi Belanda, PSV Eindhoven selepas dilepaskan oleh Borussia Dortmund.

Bekas pemain Bayern Munich itu yang memiliki 63 penampilan bersama Jerman menandatanganii kontrak dua tahun bersama kelab tersebut.

Gotze yang diangkat sebagai wira Jerman ketika Piala Dunia 2014 bergelut untuk mendapatkan aksi konsisten dan tahap kecergasan sejak beberapa musim yang lalu.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu telah membuat 21 penampilan buat Dortmund musim lalu dan berkata dia menerima banyak tawaran sebelum bersetuju untuk berpindah ke Belanda.

“Kami telah berbincang dengan baik dan saya memilih untuk beraksi di Belanda.

“Saya menerima banyak tawaran tetapi saya rasa ini keputusan yang tepat. Saya terus berlatih dan menyesuaikan diri dengan cabaran baru serta tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan.

“Saya baru menjalani latihan penuh dan sedang mempersiapkan diri untuk perlawanan yang akan datang,” kata Goetze semalam.

PSV yakin mereka telah menandatangani pemain yang mampu memberikan sumbangan besar dan pengarah bola sepak kelab, John de Jong,menyifatkan kedatangan Goetze bagai ‘kiriman tuhan’.

“Kami gembira dan sangat bangga kerana dia telah menandatangani kontrak dengan PSV,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya