Courtois simpati dengan Hazard - Utusan Malaysia

Courtois simpati dengan Hazard

THIBAUT Courtois (belakang) bersimpati dengan nasih Eden Hazard.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Thibaut Courtois mengakui agak sedih selepas bintang Real Madrid Eden Hazard sekali lagi terpaksa disisihkan selepas mengalami kecederaan.

Pemain antarabangsa Belgium itu terlepas ketika skuad bimbingan Zinedine Zidane menang 1-0 ke atas Real Valladolid dalam saingan La Liga semalam.

Hazard bergelut bersama Los Blancos pada musim ini selepas ditimpa kecederaan demi kecederaan sejak musim lalu, yang menyaksikan pemain tersebut sekadar menjaringkan satu gol selepas perpindahan berprofil tinggi ke Madrid dari Chelsea.

Kecederaan terbaharu pemain berusia 29 tahun itu seperti bermasalah di otot kaki kanannya, sekali gus mencetuskan persoalan adakah Hazard boleh diturunkan untuk pertembungan El Clasico pertama musim ini pada 25 Oktober depan.

Courtois bagaimanapun menzahirkan rasa simpati terhadap rakan senegaranya itu dan berharap Hazard selaku penyerang berbisa dalam kembali dengan lebih kuat.

“Saya simpati dengan keadaannya. Dia berlatih dengan bersungguh-sungguh. Saya tidak pasti kecederaan apa, tetapi seperti bukan di buku lali.

“Saya harap dia segera pulih dan kembali bersama skuad. Saya yakin dia tidak sabar untuk bersama semula dengan kami,” kata penjaga gol itu selepas tamat perlawanan di Stadium Alfredo di Stefano. –  AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya