City kempunan tiga mata - Utusan Malaysia

City kempunan tiga mata

MICHAIL Antonio (dua dari kanan) meraikan jaringannya ketika menentang Manchester City di Stadium London sebentar tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jaringan cantik Michail Antonio membantu West Ham mengikat Manchester City 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London sebentar tadi.

Itu bermakna, skuad The Citizens bimbingan Pep Guardiola kini hanya menang dua kali dalam lima perlawanan liga domestik musim ini.

Antonio meledak gol akrobatik pada minit ke-18 selepas menyambut hantaran voli Vladimir Coufal.

Pemain gantian, Phil Foden menyelamatkan maruah City daripada tercalar apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-15.

City mendominasi permainan dan membawa masuk Kevin de Bruyne, yang terlepas dua perlawanan terakhir akibat kecederaan.

Bagaimanapun kehadiran perancang utama Belgium itu masih gagal membantu mereka mencari kemenangan.

Selepas lima perlawanan, City kini menghuni tangga ke-11 dengan mengumpul lapan mata, manakala West di tempat ke-10 juga dengan lapan mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya