IMOLA, Itali: Valtteri Bottas mengejutkan rakan sepasukan, Lewis Hamilton untuk merampas petak pertama Gand Prix Emilia Romagna sebentar tadi.
Pelumba Formula Satu (F1) Mercedes dari Finland itu mencatat masa terpantas pada pusingan akhir kelayakan untuk memintas Hamilton.
Hamilton berada di depan dalam sebahagian besar sesi kelayakan sebelum dikejar oleh Bottas pada saat akhir.
Pemandu Red Bull, Max Verstappen di tempat ketiga, diikuti Pierre Gasly (Alpha Tauri), Daniel Ricciardo (Renault) dan Alex Albon (Red Bull).
Pelumba muda Ferrari, Charles Leclerc sekadar di tangga ketujuh, manakala Daniil Kvyat dari Alpha Tauri kelapan dan dua pemandu McLaren, Lando Norris serta Carlos Sainz melengkapkan kelompok 10 terbaik.
“Ia bukan perkara mudah untuk berada di petak pertama tetapi saya sangat gembira sepanjang beraksi litar ini,” kata Bottas. – AFP