Belum selamat ‘buka pintu’ stadium - Utusan Malaysia

Belum selamat ‘buka pintu’ stadium

AKSI Liga Malaysia belum bersedia untuk dibuka kepada penonton.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kehadiran penonton ke stadium belum lagi dialu-alukan kerana situasi Covid-19 masih membimbangkan, terutama dengan 260 kes baharu dicatatkan semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kementeriannya tidak bercadang melaksa­nakan fasa kelima dan keenam sektor sukan dan rekreasi biarpun ada negara luar mula membuka pintu untuk kehadiran penonton ke stadium.

Fasa kelima sektor sukan dan rekreasi merujuk kepada keha­diran penonton ke stadium de­ngan skala kecil.

Fasa keenam pula melibatkan skala besar serta penyertaan ­atlet luar negara dalam kejohanan tempatan.

“Contohnya Vietnam, di mana saingan bola sepak mereka boleh dihadiri penonton, namun akhirnya ada peningkatan kes Covid-19.

“Kita tak nak apabila sudah buat (luluskan) sesuatu kemudian tarik balik.

“Saya harap sangat mereka yang telah dibenarkan (melalui) fasa keempat, yang mana mereka boleh terlibat dalam aktiviti secara kontak, berpasukan dan menganjurkan tanpa ada penonton kekal mematuhi SOP (prosedur operasi standard),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pelan E-Sukan Nasional, semalam.

 

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Daripada 260 kes baharu yang dicatat semalam, 259 kes tempatan, yang mana 118 dicatat di Sabah, 98 Kedah, Selangor 13, Kuala Lumpur 13.

Johor dan Putrajaya mencatat lima kes, Terengganu serta Perlis dua manakala Melaka, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing mencatat satu kes.

Mengulas lanjut, Reezal berkata, jika semua sektor sukan dan rekreasi mematuhi SOP mencegah penularan wabak Covid-19, ia akan mencerahkan peluang untuk membuka pintu bagi fasa kelima dan seterusnya.

“Selagi mana kerajaan mempunyai keyakinan bahawa bidang sukan ini, tidak ada langsung penularan kes-kes baharu, selagi itu ia menjadikan peluang untuk saya mengemukakan pembukaan sesuatu sukan bagi fasa kelima dan keenam,” ujar­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya