Bapa Totti meninggal dunia kerana Covid-19 - Utusan Malaysia

Bapa Totti meninggal dunia kerana Covid-19

FRANCESCO Totti bersama bapanya Enzo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Legenda Roma, Francesco Totti kehilangan ayahnya, Enzo yang meninggal dunia kerana Covid-19.

Enzo Totti, 76, meninggal dunia di Hospital Lazzaro Spallanzani dan meninggalkan isterinya, Fiorella dan dua anaknya, Riccardo dan Francesco serta tiga orang cucu, Chanel, Cristian dan Isabel.

Kelab Roma kemudiannya memuat naik ciapan di Twitter sebagai tanda simpati.

“Hai Enzo, kami mengucapkan takziah kepada Fiorella, Francesco, Riccardo serya seluruh keluarga awak.”

Enzo merupakan antara pesakit paling berisiko kepada Covid-19 terutama selepas dia pernah terkena serangan jantung beberapa tahun lalu.

Sepanjang karier Francesco, Enzo merupakan penyokong setia anaknya dengan menghadiri hampir kesemua perlawanan termasuk di tempat lawan serta turut menghadiri sesi latihan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN