Bale kembali disayangi, dihargai - Utusan Malaysia

Bale kembali disayangi, dihargai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Gareth Bale gembira kembali ‘disayangi dan dihargai’ selepas membantu Tottenham menewaskan LASK 3-0 dalam aksi Kumpulan J Liga Europa pagi tadi.

Pemain Wales itu disenaraikan dalam kesebelasan utama buat pertama kali sejak pulang dari Real Madrid, dan Jose Mourinho menggantikannya selepas sejam beraksi.

Bale masuk sebagai pemain gantian Ahad lalu ketika Tottenham mendahului West Ham 3-0 tetapi akhirnya seri 3-3.

“Amat menakjubkan dapat kembali. Ia  sebab utama saya bermain baik dan kenapa saya kembali.

“Anda mahu rasa disayangi dan dihargai. Saya akan memberikan segalanya untuk jersi ini,” kata Bale.

Carlos Vinicius yang menggantikan Harry Kane beraksi cemerlang dengan menjadi pencetus kepada gol Lucas Moura dan Son Heung-min.

Dia juga hampir menjadi penjaring jika Andres Andrade tidak menjaringkan gol sendiri.

 

PEMAIN Leicester City, Kelechi Iheanacho meraikan jaringannya ke atas kelab Ukraine, Zorya Luhansk. – AFP

Dalam satu lagi perlawanan, Leicester bermula baik dengan menewaskan kelab Ukraine, Zorya Luhansk 3-0 menerusi jaringan James Maddison, Harvey Barnes dan Kelechi Iheanacho.

Arsenal pula bangkit daripada ketinggalan untuk mengalahkan wakil Austria, Rapid Vienna 2-1.

Taxiarchis Fountas membuka jaringan  Rapid hasil tetapi David Luiz dan Pierre-Emerick Aubameyang memastikan kemenangan buat Gunners dalam aksi Kumpulan B itu. – AFP

 

PEMAIN Arsenal meraikan jaringan David Luiz (kanan). – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya