Aksi Ligue 1 ditunda, 11 positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Aksi Ligue 1 ditunda, 11 positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perlawanan Ligue 1 antara Lens dan Nantes yang sepatutnya berlangsung malam ini terpaksa ditunda selepas 11 anggota apasukan tuan rumah dijangkiti Covid-19.

Dalam satu kenyataan, penganjur (LFP) berkata, 11 daripada 30 pemain Lens positif Covid-19 dan terpaksa menunda perlawanan ke tarikh lain.

Lens tidak mendedahkan identiti pemain terlibat tetapi media tempatan melaporkan dua kakitangan, termasuk jurulatih Franck Haise, turut positif.

Ini bukan kali pertama perlawanan Ligue 1 ditunda kerana Covid-19. Pertemuan Marseille dan Bordeaux pada malam pembukaan kempen, Ogos lalu terpaksa dijadualkan semula untuk atas alasan sama.

Selepas itu, dan kerana takut ada penangguhan, LFP melonggarkan protokol kesihatannya untuk memastikan permainan dapat diteruskan selagi sekurang-kurangnya 20 pemain dari senarai 30 setiap pasukan diuji negatif.

Pertandingan Ligue 2 antara Grenoble dan Nancy yang dijadualkan semalam turut ditunda setelah 13 pemain Grenoble diuji positif bersama dengan lima kakitangan.

Lens dan wilayah sekitarnya di utara Perancis, saat ini berada di bawah perintah malam hari bersama dengan sebagian besar Perancis sebagai langkah mencegah penularan wabak berkenaan.

Perancis telah mencatat lebih sejuta kes dan hampir 35,000 kematian akibat Covid-19.

Sementara itu, Marseille menewaskan Lorient 1-0 hasil jaringan pemain pertahanan Argentina, Leonardo Balerdi.

Juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) menumpaskan Dijon 4-0 untuk melonjak ke tangga teratas Ligue 1 selepas Moise Kean dan Kylian Mbappe masing-masing meledak dua gol. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya