KOTA BHARU: Selepas lima kali mengadakan rundingan, pakar pelaburan terkenal, Norizam Tukiman akhirnya bakal menjadi pemilik Kelantan.
Norizam yang terkenal dengan julukan Zamsaham bakal menandatangani perjanjian penjualan saham dengan Team Red Warriors (TRW) Sdn. Bhd. dalam satu majlis di Kota Bharu esok.
Keputusan positif itu dicapai selepas rundingan di antara Zamsaham dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di Kota Bharu hari ini.
Berdasarkan jemputan yang dihantar kepada media hari ini, turut berlangsung esok adalah majlis pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan TRW.