Werner kecewa Jerman gagal menang - Utusan Malaysia

Werner kecewa Jerman gagal menang

TIMO Werner melepaskan rembatan di depan penjaga gol Sepanyol, David De Gea dalam saingvan Liga Negara-Negara UEFA di Stuttgart, Jerman hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STUTTGART : Penyerang Jerman, Timo Werner, kecewa apabila pasukannya sekadar terikat 1-1 ketika menentang Sepanyol dalam aksi Kumpulan 4, Liga A Liga Negara-Negara Eropah, semalam.

Werner yang menjaringkan gol tunggal Jerman hampir membawa pasukan itu diambang kemenangan tetapi jaringan penyamaan Jose Gaya pada minit ke-95 buat Sepanyol menghampakan pasukan kendalian Joachim Low.

Bintang Chelsea itu, yang dalam persiapan mengharungi musim pertamanya di Stamford Bridge selepas berhijrah daripada RB Leipzig, menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-51.

Bagaimanapun, pemain yang membuat penampilan pertama bersama Sepanyol, Ferran Torres, melancarkan gerakan dari sayap kanan untuk Gaya menyambar tandukan Rodrigo Moreno pada penghujung perlawanan.

“Ini sesuatu yang mengecewakan kerana kami telah bersusah payah dan bekerja keras. Selepas menjaringkan gol aksi kami agak tenggelam,” katanya selepas perlawanan.

Keputusan itu meletakkan Jerman masih tercari-cari rentak kemenangan pertama dalam kempen itu selepas sekadar merekodkan dua keputusan seri dan dua kekalahan dalam edisi sulung kejohanan berkenaan pada 2018-19.

“Saya berpuas hati dengan apa yang saya lihat. Anak-anak buah saya mencurahkan segalanya hingga tiupan wisel terakhir.

“Ini adalah satu perlawanan yang sengit dan sukar. Kedua-dua pasukan berusaha keras sepanjang perlawanan.

“Bagi saya, adalah penting untuk tidak membenarkan Sepanyol menerapkan corak permainan sebenar dan kami mempunyai peluang yang lebih baik tetapi babak kedua sukar untuk kami terus memberi tekanan kepada lawan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya