UiTM FC buru tiga mata - Utusan Malaysia

UiTM FC buru tiga mata

PEMAIN UiTM FC memburu kemenangan apabila menerima skuad Penyu dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam esok. - IHSAN UITM FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UiTM FC tidak mahu lagi tercicir mata apabila menentang Terengganu FC apabila melayan kunjungan skuad sang Penyu di stadium UiTM, Shah Alam esok.

Ketua jurulatih UiTM FC, Frank Bernharndt berkata, pasukannya perlu mendapatkan tiga mata penuh supaya kedudukan pasukannya selesa dalam Liga Super musim ini, sekaligus mengelakkan diri tersingkir daripada Liga Premier musim depan.

“Sekiranya kita tewas, ini akan menyukarkan lagi pasukan untuk kekal di dalam Liga Super, memandangkan kedudukan tangga empat hingga 11, perbezaan mata tidak banyak berbeza.

“Jadi, mengutip tiga mata penting menentang Terengganu FC amat penting dan adalah itu adalah misi kami dalam perlawanan esok,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut perlawanan menentang Perak FC minggu lalu, menurutnya, pasukannya tidak bernasib baik kerana tewas dalam perlawanan di Ipoh itu, walaupun UiTM FC menguasai sebahagian besar perlawanan tersebut.

Bernharndt berkata, mengikut perkirannya, anak didiknya mencipta sebanyak 18 buah percubaan ke arah gol, namun tiada satu pun berjaya masuk ke gawang pasukan Seladang itu.

“Kita sudah bermain dengan baik menentang Perak FC tapi nasib tidak menyebelahi kita. Apapun, saya tetap berikan kredit kepada anak buah saya kerana menunjukkan persembahan yang baik.

“Untuk perlawanan dengan Terengganu FC, saya akan membuat sedikit perubahan dan membuat tiga pertukaran pemain daripada skuad yang menentang Perak FC, minggu lalu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya