TRW lakar kemenangan sulung untuk Zamsaham - Utusan Malaysia

TRW lakar kemenangan sulung untuk Zamsaham

PENYERANG Kelantan, Amirul Shafik Che Soh (kiri) cuba melepasi kawalan pemain Perak II dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan menghadiahkan pertama buat pemilik baharu mereka, Norizam Tukiman atau Zamsaham dengan menumpaskan Perak II 1-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.

Turun dengan misi menamatkan kemarau kemenangan dalam dua aksi sebelum ini, tuan rumah tampil dengan percubaan awal menerusi tandukan Felix Odili namun gagal menepati sasaran.

Kelantan terus mendominasi perlawanan selepas itu menerusi beberapa gerakan menarik dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.

Perancang tengah sensasi The Red Warriors (TRW), Nik Akif Syahiran Nik Mat meleraikan kebuntuan jaringan dengan meledak gol pertama pada minit ke-45, sekali gus meredakan tekanan Kelantan.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terus meningkatkan tekanan keatas pelawat menerusi tandukan Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni namun melewati gawang gol pelawat.

Minit ke-58, pelawat melepaskan peluang untuk merapatkan jurang gol apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti gagal dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Muhammad Syahir Bashah.

Amirul Syafiq Che Soh terlepas peluang untuk mencetak jaringan kedua TRW apabila rembatan kencangnya sekadar menggegar sisi gawang gol Perak di sebelah kiri pada minit ke-68.

Tuan rumah terus kempunan menambah jaringan apabila pemain sayap lincah Muhamad Hakimi Abdullah gagal memanfaatkan ketika hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gawang Perak II Muhammad Farhan Abdul Majid.

Muhamad Farhan menjadi wira Perak II apabila menafikan rembatan kencang Nik Akif Syahiran untuk meredakan seketika tekanan buat pasukannya pada minit ke-82.

Kelantan dirundung malang pada minit ke-85, apabila Muhamad Shahrul Nizam diperintah keluar padang selepas menerima dua kad kuning.

Minit ke-89, Perak II mempersia-siakan peluang menyamakan kedudukan apabila rembatan Muhammad Khairul Amizan Suhaimi sekadar melewati gawang gol Kelantan meskipun Mohammad Fikri Che Soh sudah tertewas.

Ketiadaan Muhamad Shahrul Nizam tidak menjejaskan rentak tuan rumah apabila mereka kental bertahan untuk meraih kemenangan tipis keatas Perak II.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya