Tok Gajah kini Sri Pahang FC - Utusan Malaysia

Tok Gajah kini Sri Pahang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Nama Sri Pahang FC secara rasmi dipilih oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas penjenamaan semula skuad Tok Gajah.

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, dengan pemilihan nama itu bererti Pahang sudah melengkapkan proses penswastaan seperti yang disyaratkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali gus boleh beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Walaupun sedikit lewat untuk memulakan proses penswastaan tetapi dengan kerjasama semua pihak, akhirnya ia dapat disiapkan mengikut jadual  ditetapkan.

 

MOHAMMED SUFFIAN AWANG 

 

Pahang sebelum ini antara pasukan yang masih di peringkat pertengahan untuk menyelesaikan proses penswastaan  seminggu sebelum tamat tempoh pendaftarannya hari ini.

Beliau yakin dengan kejayaan PBNP mematuhi arahan FAM dan memiliki nama baharu, pemain Pahang akan lebih berkeyakinan untuk memburu tempat ke Piala Malaysia.

“Saya harap pemain lebih fokus dan bersemangat memungut tiga mata ketika menentang Perak, Sabtu ini dan Terengganu FC nanti bagi mencerahkan peluang ke Piala Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya