Tok Gajah keciciran mata - Utusan Malaysia

Tok Gajah keciciran mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketiadaan ramai tonggak memberi kesan kepada permainan Pahang, yang terpaksa berpuas hati seri 2-2 dengan Felda United dalam aksi Liga Super di Stadium Abdul Razak, Jengka sebentar tadi.

Turun membawa misi memburu tiga mata penuh, Tok Gajah bermula garang apabila membuka jaringan menerusi Muslim Ahmad seawal minit ke-14.

Skuad The Fighters bagaimanapun mempamer semangat melawan tinggi apabila Nikola Raspopovic tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-37.

Tuan rumah kemudian mendahului 2-1 beberapa saat sebelum tamat separuh masa pertama hasil sepakan penalti Akhmar Haiqal Azhar.

Pada minit ke-78, penyerang import Pahang, Ivan Carlos menyamakan kedudukan 2-2 juga menerusi penalti selepas bola terkena tangan Faiz Mazlan.

Empat minit kemudian, The Fighters beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah, Jasazrin Jamaluddin dilayangkan kad merah akibat mengutip dua kad kuning.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya