Tiada yang mustahil! - Utusan Malaysia

Tiada yang mustahil!

SELANGOR turun dengan misi melakar kejutan apabila menentang JDT dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini. – IHSAN SELANGOR FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) turun bersama misi mengekalkan rekod tanpa kalah, namun Selangor berjanji tidak akan memberi laluan mudah apabila dua gergasi Liga Super itu bertemu malam ini.

Ini adalah pertemuan keenam kedua-dua pasukan sejak 2017 tetapi yang pertama di ‘rumah’ baharu Harimau Selatan, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Pengendali Red Giants, B. Satianathan berkata, tiada yang mustahil untuk Selangor pulang bersama mata jika pemainnya memberi aksi terbaik, malah mereka hanya kalah sekali dalam tujuh perlawanan musim ini.

“JDT pasukan yang konsisten, semua orang tahu tapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

“Pemain kami telah memberikan aksi terbaik setakat ini, kalau mereka terus be­kerja keras keputusan yang bagus akan datang sendiri,” kata Sathianathan.

Selangor akan bertemu JDT tanpa beberapa tonggak termasuk Brendan Gan yang digantung perlawanan dan penjaga gol, Khairul Azhan Khalid yang dilepaskan kerana urusan peri­badi.

Dua lagi pemain yang terpaksa diketepikan akibat kece­deraan adalah Mukhairi Ajmal dan Hakim Hassan.

“Tanpa beberapa pemain utama, ini peluang pemain lain untuk menyinar dan membuktikan kemampuan.

“Pasukan kami amat bermotivasi setiap kali menentang lawan yang kuat,” kata Sathianathan.

JDT turun bersama misi mengekalkan rekod tanpa kalah.

Sementara itu, jurulatih JDT, Benjamin Mora tidak mahu memberi tekanan berlebihan kepada pemainnya biarpun beraksi dengan pengharapan tinggi.

“Kita harap mengekalkan rekod kemenangan, namun menentang Selangor di laman sendiri menjanjikan pertaru­ngan sengit.

“Kami tidak boleh terlalu selesa dan perlu memikirkan untuk capai kemenangan dalam setiap perlawanan. Kami harus berwaspada bagi mengelak berlaku kejutan,” katanya.

JDT akan turun tanpa rangkaian serangan Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid dan Diogo Luis Santo, selain Matthew Davies yang masih dalam proses pemulihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya