Terengganu pula jadi mangsa Melaka United - Utusan Malaysia

Terengganu pula jadi mangsa Melaka United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selepas Perak, Melaka United membenam pula pasukan di tangga kedua Liga Super, Terengganu FC dengan jaringan 1-0 dalam aksi di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Jaringan tunggal penyerang import skuad Hang Tuah, Uche Agba pada minit ke-60 itu sudah cukup untuk memastikan Melaka United membawa pulang mata penuh.

Uche nyata tidak mensia-siakan hantaran Sony Norde apabila dengan mudah memperdayakan penjaga gawang pasukan pelawat, Mohd. Shamirza Yusoff untuk jaringan itu.

Anak-anak buah Zainal Abidin Hassan terus menggandakan asakan bagi memburu gol, namun beberapa percubaan yang dilakukan tersasar dan berjaya ditepis Mohd. Sharmiza.

Pasukan pelawat juga dilihat tidak berputus asa untuk menjaringkan gol penyamaan tetapi tiupan wisel penamat daripada pengadil, Zulkifli Ahmad menutup peluang skuad Terengganu.

Kemenangan kedua selepas Liga Super bersambung semula itu turut melonjak kedudukan Melaka United ke tangga teratas yang sebelum ini dipotong mata oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Skuad Hang Tuah akan berkunjung ke Shah Alam, Jumaat depan bagi aksi menentang Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya