Terengganu kalah melawan - Nafuzi - Utusan Malaysia

Terengganu kalah melawan – Nafuzi

PEMAIN JDT meraikan jaringan Safawi Rasid ketika menentang Terengganu FC dalam aksi Liga Super semalam. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Walaupun tewas 0-1 dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), namun pengendali Terengganu FC, Mohd. Nafuzi Zain tetap berbangga dengan aksi cemerlang anak buahnya dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak semalam.

Malah, Mohd. Nafuzi mengakui persembahan pasukannya malam tadi cukup baik dan mungkin setanding dengan skuad Harimau Selatan yang ketika ini mengungguli carta dengan mengumpul 19 mata.

“Kita bukan kalah dengan mudah, pemain saya berjuang dari minit pertama sampai ke-90.

“Saya rasa dengan apa yang dipamerkan pemain malam ini mungkin setanding dengan JDT atau lebih baik daripada JDT, jadi saya harus berbangga dengan mereka,” katanya selepas perlawanan Liga Super menentang JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

MOHD. Nafuzi Zain

Gol tunggal Safawi Rasid membawa JDT menghampiri kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut.

Anak-anak buah Benjamin Mora membuka jaringan seawal minit kelima selepas Safawi memanfaatkan kesilapan pertahanan tuan rumah, Argzim Redzovic yang tertolak bola ke belakang.

Sementara itu, Mora gembira dengan momentum kemenangan tanpa bolos pasukannya, walaupun terkesan dengan tekanan hebat yang diberikan TFC menerusi tempo permainan yang pantas dan sengit.

“Kita sudah buat yang terbaik dengan berjaya mengumpul tiga mata dan semakin menghampiri matlamat untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super.

“Terengganu FC bukan lagi pasukan sama seperti tahun lalu atau tahun sebelumnya, permainan yang ditonjolkan cukup baik dan saya menghargai perkembangan mereka yang sekali gus menjadikan saingan lebih bermakna,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN