Sumareh belum tiba di Thailand - Utusan Malaysia

Sumareh belum tiba di Thailand

MOHAMADOU Sumareh pemain naturalisasi pertama Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketika kontroversi Mohamadou Sumareh sedang hangat diperkatakan, kelibat pemain naturalisasi pertama Malaysia itu tidak kelihatan di mana-mana.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu melengkapkan perpindahannya untuk menyertai pasukan tangga keempat Liga 1 Thailand, Police Tero pada 7 September lalu.

Bagaimanapun pengurus Police Tero FC, Tanya Vongnark berkata, ketibaan Sumareh tertangguh disebabkan penularan pandemik Covid-19.

Pemain kelahiran Gambia itu kini menunggu untuk mendapatkan permit daripada Kedutaan Besar Thailand di Malaysia serta pusat pentadbiran situasi Covid-19 (CCSA) untuk memasuki Thailand.

TANYA VONGNARK

“Kami telah menyiapkan semua dokumen yang diperlukan sejak 6 September lalu bagi membolehkan Sumareh bermain dengan kami musim ini. Kami mahu dia datang ke sini secepat mungkin.

“Sumareh mempunyai keinginan untuk bermain dalam liga Thailand. Dia mahu membuktikan kebolehannya. Ini adalah cabaran baharu (untuk Sumareh). Ia pastinya sesuatu yang menarik untuknya,” kata Tanya yang dipetik kepada Bernama.

Sumareh bakal bergandingan dengan rakan skuad Harimau Malaya, Dominic Tan yang menandatangani kontrak dua tahun dengan Police Tero FC, Julai tahun lalu.

Kata Tanya, Sumareh perlu terlebih dahulu menjalani kuarantin wajib di hotel yang ditetapkan sejurus tiba.

Mengulas kemelut di antara Sumareh dan bekas majikannya, Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP), Tanya berkata, Polis Tero FC mematuhi peraturan perpindahan yang ditetapkan badan bola sepak dunia, FIFA.

“FIFA memberikan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC),jadi perpindahannya adalah rasmi. Pertikaian antara Sumareh dan bekas kelab bola sepaknya tidak ada kaitan dengan Police Tero FC. Kami tidak akan masuk campur,” katanya.

Sumareh mempunyai baki kontrak bersama Pahang sehingga 2022 tetapi berhijrah ke Police Tero FC dua minggu selepas jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh mendedahkan dia gagal menjalani sesi latihan pasukan awal bulan lalu.

Sumareh juga dilaporkan tidak menghadiri beberapa aksi Liga Super membabitkan Pahang sebaik sahaja Liga Malaysia bersambung pada 28 Ogos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya