Sukan Olimpik Tokyo diteruskan - Utusan Malaysia

Sukan Olimpik Tokyo diteruskan

SUKAN Olimpik Tokyo yang ditangguhkan ke tahun depan tetap diteruskan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan akan tetap dijalankan tahun hadapan meskipun diselubungi pandemik Covid-19, kata Timbalan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates sambil menyifatkan temasya itu lebih besar daripada virus yang sedang menular.

Coates berkata, Sukan Olimpik tidak pernah dibatalkan selain disebabkan perang dunia dan dia menegaskan temasya itu akan tetap diteruskan dengan pihak penganjur akan menetapkan semula tarikh penganjuran.

“Ia tetap akan berlangsung dengan atau tanpa Covid-19. Sukan ini akan bermula pada 23 Julai tahun hadapan.

“Sukan ini akan mengikut tema mereka, Pembinaan Semula Temasya selepas tragedi tsunami.

“Sekarang ini lebih kepada bertemakan Sukan Menguasai Covid-19, cahaya di hujung terowong,” kata Coates.

JOHN COATES

Dalam sejarah penganjuran, Tokyo 2020 ditunda kerana penularan pandemik Covid-19 dan kini dijadualkan berlangsung pada 23 Julai 2021.

Bagaimanapun, sempadan antarabangsa Jepun masih ditutup kepada pelawat asing dan bayangan vaksin masih belum kelihatan, sekali gus menimbulkan keraguan sama ada temasya itu mampu dianjurkan atau sebaliknya.

Coates berkata, kerajaan Jepun masih belum menyerah kalah walaupun terpaksa menunda penganjuran temasya sukan berprestij itu selama setahun.

“Sebelum Covid-19, Presiden IOC, Thomas Bach berkata, persediaan yang dilakukan Jepun adalah yang terbaik dengan kebanyakan venue sudah siap sepenuhnya, perkampungan sukan yang hebat dan pengangkutan awam yang efisyen.

“Sekarang ini ia tertangguh selama setahun, mereka berdepan tugasan untuk mengesahkan semula kesemua venue termasuk 43 hotel yang sudah tamat kontrak dan perlu perbincangan semula bagi kontrak baharu.

“Selain itu, penajaan dan hak penyiaran juga akan ditangguh selama setahun,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya