Suarez berdepan dakwaan menipu - Utusan Malaysia

Suarez berdepan dakwaan menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERUGIA: Polis Itali sedang menyiasat dakwaan Luis Suarez melakukan penipuan dalam ujian kewarganegaraan Itali bagi mempercepatkan proses perpindahannya ke Juventus.

Suarez terbang ke Perugia minggu lalu dan lulus ujian kewarganegaraan untuk perpindahannya ke gergasi Serie A itu.

Meskipun kesepakatan sudah dicapai bersama kelab, Suarez berdepan kontroversi selepas dilaporkan melakukan penipuan dalam ujian berkenaan.

Media Itali melaporkan Suarez sudah mengemukakan soalan lebih awal dan lulus ujian bahasa peringkat B1 selepas mengetahui jawapannya dengan siasatan kini sedang berjalan.

Akhbar Repubblica memetik kenyataan seorang pegawai berkata: “Dia tidak tahu bercakap sepatah pun perkataan Itali.

“Jika wartawan bertanya beberapa soalan kepadanya, dia pasti tidak dapat menjawabnya. Dia bakal memperoleh gaji 10 juta euro (RM48.3 juta) setahun, jadi dia perlu melepasi ujian ini.”

Polis sedang mengumpul semua dokumen dari Universiti Perugia di mana Suarez mengambil ujian itu dan pemain berkenaan bakal berdepan tindakan undang-undang berat daripada Pendakwa Raya Perugia.

Suarez bakal menyertai Juventus selepas kelab itu turut membawa pulang Alvaro Morata yang dipinjamkan ke Atletico Madrid. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya